Posts

Showing posts from January, 2011

Misi menculik Bangoh

Image
Salam alayk... Semalam, masa dalam perjalanan pulang ke KT, aku menelefon Cik Ngah. Aku: Cik Ngah, esok nak pinjam Syakir (a.k.a. Bangoh)! Cik Ngah: Nak gi mana? Aku: Main bowling, makan2... Cik Ngah: Boleh... Makanya, tadi, aku, Mat dan Atin telah ke Padang Air untuk menjemput Bangoh. Destinasi pertama kami, Terengganu Equestrian Resort (TER). Kami main bowling 2 game. Aku macam biasa, sux dalam bowling ni. Huhu~ Lepas tu kami ke Giant untuk makan pizza. Kami culik lagi Bangoh ke rumah kami. Lepas Asar baru hantar Bangoh balik. Tu je cerita hari ni! Maido ari, jaa~

OMG!!!

Salam alayk... Drama sebabak di pagi Jumaat yang permai... Ummi: Kaklong, nanti belikan ummi handbag yang ummi nak tu, ok? Aku: Ok... Em, ummi nak handbag, ayah nak ape pulak? Ayah: Ayah nak MENANTU... Omaigod!!!! Ayahku, ayahku.... Mana lah anakmu nak cari yang tu... Ade sape2 nak tolong x??? hehe~ Maido ari, jaa~

Tiramisu

Image
Salam alayk... Ha, inilah TIRAMISU yang aku buat hari ni. Jom tengok resipi nya... Bahan2: 250 mg cream cheese 200 ml whipping cream 100 mg gula halus 1 biji kek marble (aku beli kat Giant je) 1 paket Nescafe 3 in 1 Serbuk koko Cara2 membuat: 1. Pukul cream cheese, whipping cream dan gula sampai fluffy dan sebati. 2. Hiris 2 kek marble dan susun bahagian bawah dalam bekas. 3. Basahkan kek marble dengan air Nescafe. 4. Lapiskan kek marble dengan adunan cheese. Buat lagi satu lapis dengan bahagian atas kek marble. 5. Taburkan serbuk koko di atas tiramisu. 6. Sejukkan dalam peti ais n sedia untuk dimakan! Senang je, rasa pun sedap. Selamat mencuba! Maido ari, jaa~

Happy Sho Day!

Image
Salam alayk... Sekarang ni aku tengah dalam mood nak ber-baking. Nasib baik la aku baru jumpa satu kedai jual barang2 baking kat Taman Chukai Utama ni. Seronok! Rasa nak beli je semua... hehe. Esok aku nak try buat tiramisu. Lepas tu Dr Amalin mintak aku buatkan kek untuk anaknye, Afiq. Mulanye dia nak beli, tapi aku just bagi je, sebab baru mula nak buat kan. Tak tau la sedap ke x... huhu~ Nanti aku upload gambarnye esok k... By the way, 25 Januari lepas adalah SHO DAY ! +tanjoubi omedetou, sho-kun+ Maido ari, ja~

First entry in 2011

Salam alayk... Tak sedar dah setengah bulan di tahun 2011 rupanya. Aku baru nak update blog ni. Oho, sungguh la pemalas! Kesian blog aku ni dipinggirkan. Haha~ Hari ni konon nye nak pergi ke Perhimpunan Kebangkitan Rakyat kat Dataran Tok Guru, Geliga. Nak join gerai klinikal, macam selalu buat time student dulu. Dah janji dengan Zairi n Bos Wazi. MasyaAllah, jem giler weh jalan nak ke sana. Tapi untung jugak sangkut dalam jem tu, sebab dapat jumpa Tuan Guru Haji Abdul Hadi. Lepas park Cik Swift, aku pergi la cari gerai klinikal tu. Mula2 segan gak, sebab aku just pakai blaus n seluar, padahal muslimat lain pakai baju kurung/jubah. Tapi aku buat muka selamba je... Belasah je lah. Haha~ Pusing punya pusing, xnampak pun rupa gerai klinikal tu. Nasib baik jumpa Bos Wazi. Zairi xdatang lagi sebab sibuk buat discharge summary kat hospital lagi. Akhirnya aku jumpa la gerai tu. Tapi xde orang pun! Bos Wazi tanya la urusetia. Rupa2 team Papisma buat gerai klinikal sampai pukul 1 je. Kami dapat ...