Nasi Ayam Pertama Kami
Salam alayk... Hari Jumaat lepas Farrah Qis tiba2 je ajak aku masak hari Sabtu tu i.e semalam lah. Farrah Qis siap call mak dia tanya resipi n kami terus senaraikan barang2 yang nak kena beli. Jadinye, lepas je round pagi Sabtu, aku terus ke pasar pagi kat bandar Chukai ni. Beli ayam (semestinya potong siap2), bawang2, rempah ratus, sup bunjut, sayur2, dll. Balik tu, sementara tunggu Farrah Qis habis kerja, aku bersihkan ayam. Bila Farrah Qis balik, kami mula memasak! Masa tengah menumis, baru kami sedar kami xde daun pandan. Maka berlarilah aku ke rumah akak jiran sebelah untuk minta sedikit daun pandan. Nasib baik la akak tu ade daun pandan, dia baru je tanam, kecik2 je daun pandannye. Haha, kelakar betul! Bila nasi dah masak n menjadi elok, aku n Farrah Qis bukan main excited! Ye lah, first time buat nasi ayam sendiri, tanpa bantuan mak masing2. Biasanya kalau Ummi masak nasi ayam, aku jadi tukang kacau2 dalam kuali je. Siap je masak, kami terus hidang n makan dengan berseleranya. N...