PC rosak, nasib baik dapat laptop lama...

Salam alayk... Dah lama betul aku tak update blog ni. Nak buat macam mana, PC ku rosak. Entah apa masalahnya. Jadi sekarang ni aku pakai laptop lama, yang telah ditambah RAM nya. So laju la sikit. Banyak betul nak cerita! OK lah, aku start dengan kedatangan Ayah, Ummi, Mat n Atin ke KL sebab nak tengok tempat belajar Mat yang baru. Kebetulan hari Ahad tu adalah Hari Bapa. Aku belikan kemeja kotak2 untuk Ayah. Mula2 Ayah tak nak, tapi Ummi dan aku suruh juga Ayah pilih satu. Seronok dapat beli hadiah untuk Ayah. Hihi... Selamat Hari Bapa, Ayah!!! +ayah dan anak2 perempuan beliau+ Kami pergi Petrosains. Ayah, Mat dan Atin tak pernah sampai ke KLCC. Seronok, tapi ramai sangat budak sekolah rendah. Serabut! Masa aku posting kat Klinik Kesihatan Batu 9, aku sempat la makan the famous nasi ayam kat situ. Sedap juga, ayamnya banyak. Kenyang sampai malam! +the legendary nasi ayam+ Khamis lepas aku ada test mini-CEX 1. Kena clerk patient kat klinik. Sebab aku dapat sesi petang, bas tak ada untu...